Sinopsis Setelah Terlafaznya Akad 2

Tiga tahun setelah lafaz kedua, rumah tangga Hanan dan Nawal bertambah bahagia dengan adanya Qadeeja. Namun perangai mengada Nawal dan sikap kedekut Hanan masih tidak berubah yang mengakibatkan perhubungan mereka terkesan dengan perangai masing-masing.

Nawal disahkan mengandung anak kedua. Dalam meniti kebahagiaan sebagai seorang isteri, Nawal tahu Ida sebenarnya ada hati pada suaminya tetapi Hanan selalu menidakkannya dengan mengatakan bahawa kononnya Nawal berperasaan cemburu tidak bertempat. Kehadiran Wahab pula mula merubah corak kehidupan perkahwinan mereka. Nawal difitnah mempunyai hubungan dengan Zaki sehinggakan Hanan percaya. Ini membuatkan Nawal lebih tertekan dan akhirnya dia keguguran, ditambah pula dengan peninggalan Tok Ma yang diserang sakit jantung.

Nawal berasa kecewa apaila Hanan tidak mempercayainya sehingga dia bertekad untuk memilih untuk membawa diri. Pada saat itu, Hairuddin muncul untuk memporak-perandakan lagi hubungan mereka. Mampukah mereka mempertahankan kebahagiaan mereka?